EPISOD 2: APA YANG DOKTOR GP BUAT SETIAP HARI

Hari ini ada seorang pesakit perempuan umur 30+ datang sebab inginkan surat referral ke hospital.

Dia telah hampir 3-4 tahun menjalankan rawatan subfertility di Hospital Kuala Lumpur. Untuk yang tidak tahu apa maksud subfertility, maksudnya seseorang yang cuba untuk mendapatkan anak tetapi tidak berjaya. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada primary atau secondary. Biasanya yang primary ini maksudnya pasangan yang telah mencuba selama setahun dan masih tidak lagi mendapatkan anak. Bagi secondary pula, maksudnya pasangan yang pernah dapat anak tetapi kini tidak dapat setelah mencuba.

Terdapat banyak sebab mengapa subfertility ini berlaku. Ia boleh berlaku disebabkan teknik, kesihatan pasangan itu sendiri atau sebab sebab lain.

Untuk yang pernah mencuba untuk mendapatkan zuriat, biasanya doktor akan mendapatkan sejarah kesihatan dahulu daripada pasangan lelaki dan perempuan. Setelah mendapati tiada masalah kesihatan yang utama, lelaki akan diminta untuk menjalani ujian sperma. Bilik khas akan diberikan di klinik untuk pasangan tersebut mengeluarkan air mani untuk di analisis di makmal. Kadar kesihatan sperma dan kualiti air mani tersebut akan diberikan dalam masa 1-2 jam. Berdasarkan keputusan makmal tersebut, doktor akan membincangkan rawatan atau scan apa yang akan dibuat.

Untuk wanita pula, jika tiada masalah period, doktor akan meminta supaya buat HSG, iaitu xray tube fallopian perempuan. Biasanya ini akan dibuat di hospital kerana tak semua klinik ada fasiliti untuk buat xray.

Seperti pesakit semalam, dia telah membuat rawatan IVF sebanyak 3 cycle, iaitu telah cuba untuk pensenyawaan sebanyak 3 kali antara sperma dan telur. Tetapi gagal. Jadi dia telah meminta untuk cuba dapatkan rawatan IVF di tempat lain iaitu Dr Adilah Ahmat di Pantai Hospital Cheras. Untuk yang ingin dapatkan appointment boleh call +603-2296 0888 dan sambung ke klinik Dr Adilah O&G ataupun whatsapp seperti dalam gambar di bawah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: