Apa yang doktor perubatan GP(general practitioner) buat setiap hari

Sebagai doktor perubatan, tugas kami melingkupi berbagai aspek kehidupan.

Ada yang datang kerana sakit.

Ada yang datang kerana nak MC(medical certificate)

Ada yang nak vaksin.

Ada yang nak buat medical checkup.

Ada yang nak buat xray.

Ada yang nak sambung ubat.

Ada yang risau tentang kanser.

Contoh laporan perubatan

Harini ada pesakit datang umur 18 tahun ingin sambung belajar di Kolej Komuniti Malaysia.

Muda lagi budak ini. Seperti biasa, pesakit akan daftar di depan dulu. Bagi IC, no telefon dan sebagainya. Kemudian nurse akan isi borang, check apa yang perlu, ambil air kencing, dan terus buat xray. Last sekali baru akan jumpa doktor.

Contoh laporan perubatan
Urine dipstick – normal

Selepas pemeriksaan mendapati pesakit ini mempunyai masalah kulit. Dia mendapat rawatan di KPJ Hospital. Pemeriksaan lain mendapati dia mempunyai impacted ear wax! Terkejut ibu dan pesakit sambil tergelak. Doktor telah memberi ubat soluwax untuk lembutkan najis di telinga supaya senang untuk dikeluarkan nanti.

Biasa cas untuk medical checkup bergantung kepada pemeriksaan apa yang dibuat di klinik. Seperti pesakit ini, harga dalam RM110 kerana dia membuat pemeriksaan xray dan air kencing sekali.

Pemeriksaan lain seperti, tekanan darah, visual acuity, color blindness, urine feme, pemeriksaan fizikal turut dilakukan.

Doktor menasihati pesakit agar menjaga kesihataan dan menjalani gaya hidup sihat. Kesian jika umur masih muda tetapi sudah mendapat berbagai bagai jenis penyakit.

Untuk yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan atau medical checkup, boleh cuba hubungi Klinik Famili Dr Wan Kamariah (03-42560462) boleh tekan link https://www.facebook.com/klinikdrwank/ Kadang kadang saya ada juga bertugas di sana. Kalau ada jumpa saya boleh say hello ya!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: