CARA DOWNLOAD DAN BACKUP GAMBAR VIDEO DALAM GROUP WHATSAPP KE COMPUTER PC DESKTOP

Perkara yang anda perlu.

  1. Internet
  2. Google drive

Pertama sekali anda perlu ke group mana yang anda inginkan save ke semua gambar di dalam group tersebut. Contoh group A.

Anda pergi ke whatsapp group A, anda tekan –> export chat kemudian anda upload ke —> google drive.

Setelah siap upload ke google drive, anda boleh ke pc atau komputer anda dan buka gambar anda di sana. Anda boleh pilih dan save ke desktop anda untuk backup ke thumb drive atau hard drive.

Mudah bukan?

Jadi anda tidak perlu memilih gambar dalam phone satu satu untuk backup. Ini sangat menjimatkan masa dan anda tidak ada risiko untuk kehilangan gambar tersebut.

Jika anda ingin jimatkan space telefon akibat terlalu kerap hang dan terlalu slow, dengan cara clearkan gambar dan space dalam group whatsapp anda adalah cara yang termudah untuk melajukan telefon anda!

Ada banyak cara lain iaitu dengan menggunakan file explorer, atau hantar ke telegram dan sebagainya, tapi bagi saya, cara ini sangat mudah dan dengan kelajuan internet yang bagus, anda boleh setelkan perkara ini dalam masa 10 minit tanpa leceh leceh untuk memilih gambar mana yang hendak dibuang dan mana hendak disimpan.

Gaji Housemen (Junior Doktor) di UK berbanding di Malaysia 2022 – dengan contoh slip gaji

Untuk graduan perubatan, selama ini kita selalu memikirkan specialty apa yang kita minat dan ingin belajar bukan? Tetapi realiti kehidupan, kita perlu fikir berapa belanja untuk menguruskan kehidupan. Bila kita sudah mula berumahtangga, mempunyai rumah sendiri, sedekah dan belanja kepada ibu bapa dan ahli keluarga lain, baru kita akan sedar pentingnya akan kesihatan kewangan pada zaman ini.

Kalau gaji HO kerajaan di Malaysia dalam lingkungan RM4000-6000, berapa pula gaji housemen di UK?

Untuk pengetahuan semua, HO di UK di panggil Junior Doctors dan terbahagi kepada FY1 dan FY2. Kadang kadang mereka akan gelarkan mereka F1 dan F2.

FY- Foundation years. Jadi FY1 bermaksud HO tahun 1 di sana, dan FY2 HO tahun 2 di sana. Posting mereka samalah, setiap 4 bulan akan rotate, tetapi rotation mereka lebih luas, ada infectious disease, ada GP dan sebagainya. Manakala di Malaysia, kita diwajibkan posting Medical, Surgery, Ortho, O&G, Paeds, dan barulah elektif.

Mari kita lihat contoh gaji HO tahun 1 di UK berbanding di Malaysia.

Gaji HO tahun 1 berbeza sedikit mengikut posting atas sebab oncall, weekend dan night shift punya allowance. Di malaysia, tiada night dan weekend claim, hanya oncall claim.

Boleh tengok contoh slip gaji di UK

Gaji HO tahun pertama di UK

Jadi jumlah gaji sebulan HO tahun pertama ialah £2266.93 = RM12,840.27 SEBULAN.

Banyak bukan? Bagaimana pula untuk gaji houseman di tahun ke dua? Iaitu senior HO kalau di Malaysia kita akan dapat kenaikan gaji dari RM200-250 setahun. Itupun backdated. pfftt!

Gaji HO tahun 2 di UK

Jadi jumlah gaji sebulan HO tahun kedua ialah £2678.18 = RM15169.66 SEBULAN.

Gaji naik hampir RM3000.

Jadi, setelah tengok gaji HO di UK, adakah anda berminat untuk bekerja di UK? Adakah anda tahu cara untuk HO atau doktor di Malaysia kerja di UK? Tetapi anda perlu fikir cost of living, sewa rumah, transport di UK yang kos nya agak berbeza di sana. Tetapi kalau anda pernah belajar economics, its all about purchasing power.

Untuk pengetahuan semua, mereka Junior Doctors bekerja 40-48hours per week mengikut kontrak mereka, tetapi kita HO di malaysia biasanya bekerja 60-80jam seminggu. Sangat jauh berbeza.

Kalau anda ingin tahu cara untuk berpindah dan bekerja di UK, anda boleh komen di bawah dan saya akan share cara caranya.

Credit to Evey Clay from Youtube – https://www.youtube.com/watch?v=hw0qBgFnOs8

Apa beza neutrophils, eosinophils, basophils, monocyte, lymphocyte dalam darah

MONOCYTE vs LYMPHOCYTE vs GRANULOCYTE.

Tulisan ini bukan rujukan perubatan tetapi hanyalah untuk penulisan bagi kefahaman diri sendiri sahaja.

Apabila kita pergi ke klinik, hospital, GP sama ada kerajaan atau swasta, sesetengah doktor akan mengambil darah anda untuk melihat komponen dalam darah bagi membantu doktor membuat keputusan rawatan dan diagnosis yang sesuai untuk pesakit.

Apabila kita ambil darah, darah yang diambil tersebut akan dilihat sama ada di bawah mikroskop, atau akan diproses dalam mesin analisa darah bagi melihat komponen di dalam darah itu.

Bagi mesin di kebanyakan klinik swasta atau kerajaan, mereka hanya boleh melihat komponen monocyte, lymphocyte dan granulocyte.

Boleh lihat contoh keputusan darah di klinik swasta seperti di bawah.

****(LYM-lymphocyte, MID-monocyte, GRA-granulocyte)

WBC ialah White blood cell atau jumlah darah putih. Semua darah putih ini komposisi dia ialah daripada neutrophils, eosinophils, basophils, monocyte, lymphocyte.

Tetapi kalau kita lihat di dalam gambar, tiada neutrophils, eosinophils, basophils. Komponen darah ini memerlukan stain istimewa iaitu perlu diletakkan pewarna di bawah mikroskop bagi untuk melihat jumlah darah putih ini. Jadi, semua komponen neutrophils, eosinophils, basophils diletakkan di bawah komponen GRA iaitu granulocyte.

Jadi bagaimana kita nak dapatkan jumlah sebenar neutrophils, eosinophils, basophils? Jawapannya ialah doktor perlu menghantar darah ini ke makmal darah bagi melihat jumlah sebenar di bawah mikroskop. Kalau kita tengok keputusan darah di bawah, komponen darah neutrophils, eosinophils, basophils, monocyte, lymphocyte dapat dilihat dengan jumlah dari segi % daripada jumlah darah putih. Dan kalau kita tengok keputusan di bawah, tiada perkataan granulocyte kerana komponen darah yang lebih spesifik iaitu neutrophils, eosinophils, basophils telah diberikan. Jadi kalau betul ingin tahu berapa % jumlah granulocyte, kita hanya perlu tambahkan % daripada neutrophils, eosinophils, basophils di bawah.

Setakat ini faham?

Jadi, berdasarkan jumlah darah putih ini, doktor boleh membuat keputusan sama ada sel darah putih boleh membantu doktor menentukan sakit yang sedah dihadapi oleh pesakit yang datang.

Sebagai contoh, seorang datang ke klinik kerana batuk dan selsema. Berdasarkan jumlah MONOCYTE vs LYMPHOCYTE vs GRANULOCYTE, doktor boleh cuba untuk membezakan, adakah ini kerana jangkitan kuman(virus/bakteria), allergic reaction(asma,resdung), ataupun bukan daripada kuman dan allergic reaction, iaitu seperti GERD/gastric.

Jika pesakit A batuk dan selsema disebabkan asthma atau allergic SAHAJA, jumlah GRANULOCYTE akan tinggi, manakala monocyte dan lymphocyte akan normal shj.

Jika pesakit A darahnya dihantar ke makmal pula, jumlah EOSINOPHIL DAN BASOPHIL akan tinggi dan NEUTROPHIL akan rendah./normal Ini kerana bacaan eosinophil dan basophil adalah spesifik kepada inflammation dan allergic.

Tetapi jika pesakit B batuk selsema disebabkan asthma/allergic DAN jangkitan kuman, jumlah MONOCYTE vs LYMPHOCYTE vs GRANULOCYTE akan berbeza. Berikut merupakan contoh jumlah yang mungkin berlaku jika pesakit B mengambil darah

situasi 1

LYMPHOCYTE – tinggi

GRANULOCYTE – tinggi

situasi 2

LYMPHOCYTE – tinggi

GRANULOCYTE – NORMAL

situasi 3

LYMPHOCYTE – NORMAL

GRANULOCYTE – tinggi

Semua situasi tersebut merupakan bagi jumlah ABSOLUTE COUNT ya, bukan %.

Sebagai contoh, pesakit C jumlah darah putih(TWC) ialah 21(tinggi) dan semua % untuk granulocyte dan lymphocyte merupakan normal, tetapi sebenarnya dari jumlah absolute count granulocyte dan lymphocyte pesakit C adalah tidak normal.

Contoh lain, jika pesakit D jumlah darah putih(TWC) ialah 9(normal) tetapi % untuk granulocyte dan lymphocyte merupakan tinggi, tetapi sebenarnya dari jumlah absolute count granulocyte dan lymphocyte pesakit C adalah tidak normal.

Secara ringkasnya, bacaan darah ini agak rumit untuk difahami jika kita tidak mempunyai pengalaman merawat pesakit di hospital dan klinik. Jadi sebagai masyarakat umum, hendaklah anda rujuk kepada doktor anda untuk dapatkan rawatan. Jika doktor ingin mengambil darah, sepatutnya anda janganlah takut, kerana bacaan darah sebenarnya dapat membantu doktor anda membuat keputusan yang lebih tepat untuk memberikan rawatan kepada anda.

Jika sesiapa yang terbaca dan mempunyai pandangan yang lain atau tulisan ini terdapat fakta yang salah, mohon tinggalkan komen atau email saya directly di bahagian contact me di bawah.

Harga tile mozek untuk baiki dan renovation lantai dinding rumah 2022

Untuk baiki rumah, ada orang suka pasang tile dekat dinding, ada yang suka cat je dinding. Terpulang taste masing masing.

Untuk lantai pula, untuk jimat kos mmg boleh saja kita konkrit kan lantai tu. Kemudian cat epoxy. Tapi kali ni saya nak share berapa harga nak pasang tile dan renovate lantai rumah kita, tak kisah lah lantai dapur ke, lantai toilet ke, lantai porch ke dan sebagainya.

Untuk sekeping lantai 1x2kaki, average harga RM4.00-9.50.

Jadi untuk keluasan dapur sebagai contoh 10*10 kaki = 100 sqft.

Jadi untuk tile jenis 1×2 kaki, anda memerlukan 50 keping Ini kerana sekeping lantai 1×2 ialah 2sqft. jadi iaitu 100sqft/2sqft/pc = 50 pcs.

Jumlah harga tile lantai sahaja ialah RM 200- 450 mengikut harga tile yang anda pilih. Jadi kalau anda ingin mengupah tukang atau kontraktor, anda bolehlah buat anggaran berapa mereka ambil untuk upah serta simen, gam tile dan sebagainya. Kalau ada tukang yang ambil harga lumpsum, anda boleh agak agak jumlahnya dengan tolak harga tile di atas.

Untuk pengetahuan anda, banyak jenis tile yang ada di pasaran, 1x1kaki, 2×2 kaki, 10cmx20cm dan sebagainya. Jadi anda perlu tahu ukuran dan saiz kawasan yang anda ingin pasang tile dan mozek tersebut.

Contoh kiraan lain

70sqft tandas

Tile 1x1kaki – RM 2.50

Harga = 70*RM2.50 = RM175

Tile 1x2kaki – RM4

Harga = 70/2*4 = RM140

Kadang kadang berdasarkan anggaran ini anda perlu beli lebih sikit tile extra dalam 5-6keping. Ini kerana kadang kadang kan penjuru atau corner, kita kena adjust dan potong tile tu supaya kemas. Kadang kadang tile boleh pecah atau terpotong senget, jadi eloklah kita beli extra sikit.

Nanti saya kongsikan kiraan untuk tile untuk dinding pula.

Ingat ya, ni harga untuk tile sahaja. Anda perlu kira harga untuk upah, simen pasir dan gam juga untuk dapatkan harga sebenar renovation untuk pasang tile dan mozek.

UJIAN PCR DAN RTK MURAH DI WANGSA MAJU, SETIAWANGSA 2022

Kalau anda mempunyai contact rapat, gejala atau ingin membuat saringan covid 19 anda boleh lah mendapatkan ujian tersebut di klinik dibawah.

Antara klinik yang menawarkan ujian RTK dan PCR murah di kawasan Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat dan Melawati ialah di

  1. Klinik Famili Setapak
    • 03-4141 9119
    • RTK- RM 65
    • PCR NORMAL 24H – RM195
    • PCR URGENT 8-12H – RM 295
  2. Klinik Famili Wangsa Melawati
    • RTK- RM 65
    • PCR NORMAL 24H – RM195
    • PCR URGENT 8-12H – RM 295
  3. Klinik Union Medic Sri Rampai
    • 03-4141 7217
    • RTK – RM75
    • PCR – RM175

Kalau di klinik di wangsa melawati dan union medic situ pesakit agak ramai. Tetapi kalau buat di Klinik Famili Setapak, pesakit tak berapa ramai, ruang menunggu pun selesa. Senang tak payah nak beratur panjang di klinik klinik lain. Boleh walk in sahaja. Tak perlu buat appointment.

HARGA POS BARANG 10 – 20KG SEMENANJUNG MALAYSIA 2022

Terlalu banyak courier yang ada di Malaysia. Kadang kadang kita tidak tahu yang mana satu kita nak gunakan untuk hantar barang.

Harini aku gunakan poslaju tapi melalui ejen, sebab kalau nak pergi ke pejabat pos laju ramai orang, kemudian kena beratur. Jadi aku hantar melalui ejen yang terdekat iaitu Fuyoh di Sri Rampai.

Kos penghataran dari kedai tersebut ke Masjid Tanah, Melaka ialah RM 53 untuk 19kg. Mahal juga. Mungkin kalau ada courier lain yang lebih murah? Sebab tadi cuba survey courier yang cepat dan sebagainya, akhirnya decide untuk ambil Pos Laju juga.

Disebabkan J & T kadang kadang ada isu mogok dan sebagainya, aku decide untuk tak gunakan company tersebut sebab barang yang nak dihantar itu agak urgent.

Semoga barang tersebut sampai dengan segera.

HARGA DAN KOS RENOVATE ATAU UBAHSUAI BILIK AIR 2021

Antara benda pertama yang kita suka tengok kalau pergi ke hotel hotel mesti tengok bilik air kan?

Tidak dapat dinafikan, kalau bilik air hotel tu best, mesti kita pun macam woww, cantiknya. Sebab itulah hotel hotel mewah membelanjakan banyak kos untuk upgrade dan mencantikkan bilik air hotel mereka.

Jadi, bagaimana cara untuk kita renovate bilik air?

Ada dua cara; pertama dengan DIY semuanya, dari segi beli barang, tile, peralatan bilik mandi, mengecat dan sebagainya. Cara ini tidak digalakkan melainkan anda pernah belajar atau ada pengalaman untuk bertukang secara sendiri.

Cara yang kedua ialah untuk orang yang tidak pernah tahu menahu dalam selok belok bertukang atau renovasi rumah ini.

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah untuk ukur keluasan bilik air anda.

Jadi, anda perlu buat lakaran simple seperti ini untuk tahu keluasan sebenar. Walaupun kita dulu banyak belajar dalam CM dan METER. Untuk kes renovasi rumah, memang kita masih gunakan inchi dan kaki dalam kebanyakan kes.

1 kaki = 30.48cm

Jadi boleh agak agak la kalau yang betul betul tak suka guna kiraan kaki. Tapi kebanyakan tukang dan kiraan besar kabinet, mereka masih lagi gunakan kiraan kaki dan inchi. Jadi nak taknak kena biasakan juga.

Setelah dapatkan ukuran saiz bilik air, anda kena tahu apa lagi yang anda ingin tukar dan baiki.

Berikut anggaran harga peralatan bilik mandi setelah saya survey.

Jamban – RM 100 – 500. Harga ini berbeza kalau anda ingin yang one-piece, atau two-piece punya jenis. Kemudian anda kena tahu adakah jamban anda jenis S-trap atau P-trap. Ini berbeza mengikut paip jamban sedia ada yang ada di rumah anda. Jika paip jamban itu bersambung ke lantai tandas, kemungkinan besar anda perlu beli S trap punya jamban, dan jika bersambung ke dinding tandas, anda perlu beli P-trap punya jamban.

Anda juga perlu ukur jarak antara lubang jamban di lantai dengan dinding, kerana jamban jamban yang sudah direka bentuk kebanyakannya mempunyai jarak 10inchi. Jadi anda kena pastikan jamban kegemaran anda itu sesuai dengan tandas anda. Tetapi, jika anda ingin alihkan lubang jamban ke tempat lain dan sebagainya, faktor jenis jamban ini tidak penting. Pandai pandai lah tukang dan plumber anda itu setelkan.

Kemudian anda boleh lah pilih shower head, bidet, sink, paip, tile, cermin dan sebagainya.

Summary harga untuk yang nak estimate keluasan 7*6 kaki:

Kos upah tukang RM 2500-3000 – pasang tile, hack, pecah tile lama,cat baru, pasang peralatan mandi. Ini antara yang murah. Kalau yang sub sub mungkin sampai RM4000 sahaja utk upah. Mereka akan beli sendiri simen, plaster dan sebagainya dalam kos ini.

Peralatan mandi : RM 500-1000 – mengikut bajet anda.

Jamban : RM 400

Water heater : RM200-500

Wiring water heater : RM 200

Tile : RM300-700

Jumlah keseluruhan RM5000 lebih kurang untuk kos renovasi sendiri beli barang dan upah tukang untuk pasang dan pecahkan bilik air lama.

Scroll bawah untuk tengok gambar gambar renovasi.

Gambar bilik air selepas hacking tile dan buang barang lama
Contoh harga tile 1x2kaki

Harga tile di Jalan Ipoh

JANGAN JADI DOKTOR KALAU TAKUT DARAH – BENDA MENARIK DOKTOR GP BUAT DI KLINIK

Kalau dulu dulu mesti selalu dengar kalau takut darah jangan jadi doktor.

Sebenarnya jadi doktor ni tak semestinya kena uruskan benda berdarah darah sahaja. Tapi untuk menjadi seorang doktor, anda pasti perlu melalui latihan yang memerlukan anda menyentuh atau menyaksikan aksi aksi yang mengeluarkan darah.

Benda menarik yang kita boleh buat di GP ialah minor surgery. Contoh benda yang kita boleh buat, local excision, circumcision, small incision and drainage dan lain lain. Semuanya bergantung kepada pengalaman dan kemahiran doktor yang bertugas dalam menghadapi kes kes tertentu.

Untuk kes kali ini, seorang pesakit mengatakan sakit di atas tapak tangan kerana terdapat ketulan sebesar 1cm yang mengganggu pergerakannya. Setelah melakukan pemeriksaan dilakukan, doktor mengatakan boleh ketulan ini dikeluarkan, tetapi memerlukan small operation. Setelah berbincang mengenai risiko – pendarahan, jangkitan kuman, cedera urat saraf dan lain lain, pesakit bersetuju untuk melakukan operation tersebut.

Untuk buat small operation ini, seorang doktor perlu menyediakan tempat yang sterile, local anesthetic(ubat tahan sakit) dan alatan diathermy jika perlaku pendarahan atau tercedera saluran darah kecil.

Kalau anda takut darah jangan tengok gambar di bawah. Boleh stop scroll dan exit page ini.

Jadi anda antara yang tidak takut darah? Boleh tengok gambar di bawah ini. Small incision dibuat untuk expose area ketulan tersebut. Kemudian disection dibuat untuk asingkan fatty area dan kulit. Lapisan ketulan tersebut diasingkan supaya akses kepada ketulan itu dapat di asingkan.

Gambar ketulan yang dikeluarkan – di ambil dengan izin pesakit.
Gambar luka setelah habis prosedur – di ambil dengan izin pesakit.

Mujur alhamdulillah tiada pendarahan yang banyak sepanjang prosedur. Small torniquet applied untuk kurangkan pendarahan semasa prosedur berlaku.

Setelah seminggu, alhamdulillah 4 jahitan berjaya dibuang dan kulit pesakit sembuh dan meninggalkan sedikit parut.

Antara benda menarik ini la yang membuatkan kerja di GP menarik. Bukan selalu dapat jumpa kes sebegini, tetapi kalau klinik tersebut terkenal dengan minor surgery seperti ini, mungkin hari hari dapat berjumpa dengan kes sebegini.

Jadi, bukan kita hanya sibuk dengan consultation, vaccination,x-ray dan sebagainya, di GP juga ada minor surgery!

Apa Yang Gaji HO Boleh Buat Untuk Masa Depan Dan Financial Planning

Kalau kita ikut anggaran seorang HO tahun 1 bergaji RM5000 termasuk elaun shift dan sebagainya, sangat banyak kita boleh buat.

Kalau ikutkan financial “guru” atau ikut banyak nasihat nasihat kewangan, kita sepatutnya bahagikan gaji itu kepada beberapa bahagian.

Kebanyakan HO adalah berada pada early career age iaitu 26-30 tahun. Ketika umur ini sangat banyak benda yang kita perlu belajar. Ada yang baru berkahwin, ada yang baru berpindah jauh daripada keluarga, ada yang baru nak belajar hidup seorang dan berdikari. Namun secara kasarnya, kita patut bahagikan gaji kita kepada beberapa bahagian iaitu

  1. Komitmen asas
  2. Masa depan
  3. Kecemasan

Komitmen asas termasuklah makanan, pakaian, transport, sewa, bil telefon. Jika anda mencari rumah sewa, pastikan sewa rumah tidak melebihi RM500, iaitu 10% dari gaji anda. Rumah atau bilik sewa RM500 sepatutnya anda akan dapat bilik yang selesa dan tidak perlu bersesak sesak 2 org dalam bilik sendiri.

Makanan harian – RM20-35 sehari. Semasa housemen kita sangat jarang dapat makan best best sebab masa kita sangat terhad. Sepatutnya anda meletakkan had limit jangan berbelanja lebih daripada ini sehari. Jika anda selalu order grab dan foodpanda, ada kemungkinan limit ini akan terlebih. Memadai semasa HO, makan 1 kali sehari atau 2 kali shj setiap hari. Kalau kita shift panjang, kadang kadang, malam selepas balik kerja baru dapat makan yang berkhasiat. Cukuplah minum air dan keep hydrated di siang hari. Kalau rasa hypoglycaemia, boleh makan kudap kudap atau air manis. Kadang kadang memang tak sempat nak makan, jadi elok letak spare makanan kecemasan dalam beg atau beli siap siap. Kalau sebulan makanan patut dalam lingkungan RM600-800 sahaja jika hidup bujang. Ini pun sudah kira banyak.

So far is RM500+800=RM1300. Ada baki dalam RM3700 lagi.

Untuk HO, SANGAT SANGAT digalakkan untuk sewa dan tinggal di hospital yang berdekatan. Cuba bayangkan kalau banyak kerja lepas habis tagging pukul 1 pagi keje tak setel lagi, takkan nak drive 40km semata mata untuk tidur 4 jam lepas tu bangun balik? Tak berbaloi. Sama ada tidur di hospital dengan baju yang sama, atau MC esok hari. haha. Sebabtulah seeloknya untuk sewa rumah yang berdekatan. Jadi boleh jimat transport, kalau minyak semua mungkin dlm RM150 je sebulan perlu. Kalau motor lagilah jimat.

Pastikan pakai telefon yang bagus. Iphone yang mahal tak semestinya bagus. Cari good network and stable fon. Tak perlu pakai kamera yang cantik cantik. Xiaomi dlm RM900 boleh dapat yang bagus. Bil telefon dalam 60-90 sebulan.

Jadi total RM3700-90-150= RM3460. Paling kurang pun kalau kita overbudget, patut seorang HO ada gaji extra dalam RM3000 sebulan. Banyak tu kalau ikutkan early career kita.

Jadi persoalannya, kemana patut kita simpan lebihan RM3000 itu? Orang mat salleh panggil benda ni disposable income. Nantikan post akan datang.

GAJI DOKTOR SELEPAS KERJA HOUSEMAN DI GP(KLINIK SWASTA)

Tentu ramai graduan perubatan yang teringin untuk tahu berapa sebenarnya gaji yang mereka akan dapat setelah masuk kerja.

Untuk mereka yang ingin tahu berapa gaji houseman yang bekerja dengan hospital kerajaan, boleh rujuk link ini..

Setelah bekerja selama 2 tahun, insyaAllah seorang pegawai perubatan siswazah akan layak bergelar pegawai perubatan yang berdaftar. Kalau ikutkan guideline daripada MMC, seseorang hanya perlu menghabiskan posting wajib sebanyak 5 posting dan layak untuk mendapatkan sijil perubatan MMC yang full. Namun itu semua tertakluk kepada akta perubatan yang terkini. Ketika tulisan ini dibuat, 5 posting sahaja wajib dihabiskan untuk dapat sijill MMC full. Namun untuk mendapatkan pelepasan sebagai HO dan compulsory service.. HO masih perlu bertugas dengan hospital/kk kerajaan selama lagi 1 tahun setengah.

Jadi kalau ikutkan jangka masa seorang graduan perubatan yang ingin kerja swasta perlu bekerja selama 3tahun setengah untuk keluar ke kementerian/syarikat lain untuk bekerja. Sepatutnya ialah 4 tahun jumlah keseluruhan, tapi kita boleh memendekkan compulsory service kepada 1 tahun stgh sahaja. Jadi 2tahun(HO) + 1tahun 6bln(MO).

Selepas habis compulsory service barulah kita boleh resign dari kerajaan dan masuk ke sektor swasta.

Jadi berapa gaji di GP?

Secara average, market rate skrg lebih kurang RM8000-RM12000 sebulan. Ini gaji kasar ya. Tidak termasuk potongan EPF, cukai, socso. Kadang kadang, seorang MO GP boleh dapat elaun tambahan jika buat OT/locum extra di klinik sendiri atau di luar.

Jadual seorang GP

Isnin-Jumaat (8 jam = 8pagi-5petang, rehat 1 jam) = Jumlah 40 jam

Locum 3 hari seminggu (4jamx3= 12jam)

Jumlah kerja 40+12jam= 52jam seminggu.

Jika sebulan 52*4 = 216jam sebulan. Jadi gaji lebih kurang 9000/216jam= RM41/jam.

Ini tidak termasuk insentif dan bonus. Kebanyakan klinik memberikan insentif untuk setiap prosedur, sebagai contoh

RM1/patient, RM5/xray, RM10/swab procedure dan lain lain bergantung kepada klinik. Jadi jika sebulan anda jumpa 200 patient, itu elaun extra untuk anda. Jika ada xray atau scan 50 sebulan, anad akan dpt extra 250 untuk bulan itu. Banyak lagi cari lain untuk kita tambah income, tapi kita kena rajin. Jadi anda berminat?

Berbanding dengan kerja kerajaan? adakah berbaloi? Nantikan dalam post yang akan datang.