Setelah anda mencari dan membandingkan kad kredit di ringgitplus dan imoney, adakah anda masih mencari kad yang terbaik untuk anda?
Anda jangan risau kerana saya pun merasakan benda yang sama. Setelah lama mencari dan membandingkan antara kredit kad islamik yang ada dipasaran saya akan kongsikan kad kredit islamik yang terbaik dan sesuai dengan perbelanjaan anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat hanya beberapa bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kad kredit islamik di Malaysia.
- Bank Islam
- Maybank
- Cimb
- Public Bank Islamic
- RHB
- Ambank
- Bank rakyat
HSBC amanah platinum
Setakat waktu ni HSBC merupakan kad kredit yang paling berbaloi untuk dapatkan kerana dia menawarkan promosi cashback RM500, ataupun di ringgitplus menawarkan touch n go reload sebanyak RM1000 secara free jika swipe sebanyak 12 kali dalam masa yang terdekat. Kalau nak dibandingkan, sesetengah kad kredit mempunyai cashback rate antara 1-10%. Jika kita kira, anda perlu berbelanja RM10000 utk dapatkan cashback RM1000 jika rate ialah 10%. Tapi sebenarnya kebanyakan kad kredit hanyalah 1% dan kebawah jadi anda perlu berbelanja sehingga RM100k untuk dapatkan cashback RM1k ataupun RM50k untuk dapatkan cashback RM500. Jadi anda boleh bayangkan betapa berbaloi tawaran promosi hsbc amanah platinum ini. Jika promosi ini tamat, jumlah cashback dan rewards HSBC tidaklah yang terbaik tetapi ada lah juga. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan kad kredit islamic yang lain, masih ada kad yang lebih baik.

RHB Shell Credit Card i (islamic)
RHB Malaysia menawarkan beberapa kad kredit islamic yang bagus. Antaranya rewards kad credit, cashback kad kredit yang juga agak bagus dari segi cashbacknya. Yang bagusnya shell credit card ni, anda boleh dapatkan sehingga RM50 cash sebulan dengan penggunaan yang agak minima. Lagi satu, shell credit card ni mempunyai 0.2% unlimited cash back utk retail spending yang lain. Kalau nak dibandingkan dengan bank rakyat, mereka hanya menawarkan lebih kurang 0.1% sahaja unlimited cash back setelah kita convert points rakyat mereka.

Walaupun saya telah lama gunakan kad kredit bank rakyat, saya ingin mencuba RHB kad kredit ini dan lihat dari segi keselamatan dan ease of use penggunaannya.
Nanti saya akan terangkan kenapa kad kredit bank rakyat saya suka gunakan dan apa kelebihannya.