Gaji Housemen (Junior Doktor) di UK berbanding di Malaysia 2022 – dengan contoh slip gaji

Untuk graduan perubatan, selama ini kita selalu memikirkan specialty apa yang kita minat dan ingin belajar bukan? Tetapi realiti kehidupan, kita perlu fikir berapa belanja untuk menguruskan kehidupan. Bila kita sudah mula berumahtangga, mempunyai rumah sendiri, sedekah dan belanja kepada ibu bapa dan ahli keluarga lain, baru kita akan sedar pentingnya akan kesihatan kewangan pada zaman ini.

Kalau gaji HO kerajaan di Malaysia dalam lingkungan RM4000-6000, berapa pula gaji housemen di UK?

Untuk pengetahuan semua, HO di UK di panggil Junior Doctors dan terbahagi kepada FY1 dan FY2. Kadang kadang mereka akan gelarkan mereka F1 dan F2.

FY- Foundation years. Jadi FY1 bermaksud HO tahun 1 di sana, dan FY2 HO tahun 2 di sana. Posting mereka samalah, setiap 4 bulan akan rotate, tetapi rotation mereka lebih luas, ada infectious disease, ada GP dan sebagainya. Manakala di Malaysia, kita diwajibkan posting Medical, Surgery, Ortho, O&G, Paeds, dan barulah elektif.

Mari kita lihat contoh gaji HO tahun 1 di UK berbanding di Malaysia.

Gaji HO tahun 1 berbeza sedikit mengikut posting atas sebab oncall, weekend dan night shift punya allowance. Di malaysia, tiada night dan weekend claim, hanya oncall claim.

Boleh tengok contoh slip gaji di UK

Gaji HO tahun pertama di UK

Jadi jumlah gaji sebulan HO tahun pertama ialah £2266.93 = RM12,840.27 SEBULAN.

Banyak bukan? Bagaimana pula untuk gaji houseman di tahun ke dua? Iaitu senior HO kalau di Malaysia kita akan dapat kenaikan gaji dari RM200-250 setahun. Itupun backdated. pfftt!

Gaji HO tahun 2 di UK

Jadi jumlah gaji sebulan HO tahun kedua ialah £2678.18 = RM15169.66 SEBULAN.

Gaji naik hampir RM3000.

Jadi, setelah tengok gaji HO di UK, adakah anda berminat untuk bekerja di UK? Adakah anda tahu cara untuk HO atau doktor di Malaysia kerja di UK? Tetapi anda perlu fikir cost of living, sewa rumah, transport di UK yang kos nya agak berbeza di sana. Tetapi kalau anda pernah belajar economics, its all about purchasing power.

Untuk pengetahuan semua, mereka Junior Doctors bekerja 40-48hours per week mengikut kontrak mereka, tetapi kita HO di malaysia biasanya bekerja 60-80jam seminggu. Sangat jauh berbeza.

Kalau anda ingin tahu cara untuk berpindah dan bekerja di UK, anda boleh komen di bawah dan saya akan share cara caranya.

Credit to Evey Clay from Youtube – https://www.youtube.com/watch?v=hw0qBgFnOs8

Advertisement

13 thoughts on “Gaji Housemen (Junior Doktor) di UK berbanding di Malaysia 2022 – dengan contoh slip gaji

  1. Boleh saya tahu cara untuk bekerja sebagai doktor di UK? Perlu untuk habiskan HO di malaysia dulu atau boleh terus mohon di UK? Atau macam mana procedure nya?

    Like

    1. boleh comment questions specific dan saya akan jawab. saya ada personal friend yg succesfully enroll training there after finished HO in Malaysia

      Like

    1. yes thats true. about 1-1.5k for first time.
      doctors should learn the skill to negotiate. once you are the pic there, u can renegotiate the terms for renewal for the next year. owners im sure will be willingly renegotiate just to clear the headaches and smoothness running of the clinics.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: