Tentu ramai graduan perubatan yang teringin untuk tahu berapa sebenarnya gaji yang mereka akan dapat setelah masuk kerja.
Untuk mereka yang ingin tahu berapa gaji houseman yang bekerja dengan hospital kerajaan, boleh rujuk link ini..
Setelah bekerja selama 2 tahun, insyaAllah seorang pegawai perubatan siswazah akan layak bergelar pegawai perubatan yang berdaftar. Kalau ikutkan guideline daripada MMC, seseorang hanya perlu menghabiskan posting wajib sebanyak 5 posting dan layak untuk mendapatkan sijil perubatan MMC yang full. Namun itu semua tertakluk kepada akta perubatan yang terkini. Ketika tulisan ini dibuat, 5 posting sahaja wajib dihabiskan untuk dapat sijill MMC full. Namun untuk mendapatkan pelepasan sebagai HO dan compulsory service.. HO masih perlu bertugas dengan hospital/kk kerajaan selama lagi 1 tahun setengah.
Jadi kalau ikutkan jangka masa seorang graduan perubatan yang ingin kerja swasta perlu bekerja selama 3tahun setengah untuk keluar ke kementerian/syarikat lain untuk bekerja. Sepatutnya ialah 4 tahun jumlah keseluruhan, tapi kita boleh memendekkan compulsory service kepada 1 tahun stgh sahaja. Jadi 2tahun(HO) + 1tahun 6bln(MO).
Selepas habis compulsory service barulah kita boleh resign dari kerajaan dan masuk ke sektor swasta.
Jadi berapa gaji di GP?
Secara average, market rate skrg lebih kurang RM8000-RM12000 sebulan. Ini gaji kasar ya. Tidak termasuk potongan EPF, cukai, socso. Kadang kadang, seorang MO GP boleh dapat elaun tambahan jika buat OT/locum extra di klinik sendiri atau di luar.
Jadual seorang GP
Isnin-Jumaat (8 jam = 8pagi-5petang, rehat 1 jam) = Jumlah 40 jam
Locum 3 hari seminggu (4jamx3= 12jam)
Jumlah kerja 40+12jam= 52jam seminggu.
Jika sebulan 52*4 = 216jam sebulan. Jadi gaji lebih kurang 9000/216jam= RM41/jam.
Ini tidak termasuk insentif dan bonus. Kebanyakan klinik memberikan insentif untuk setiap prosedur, sebagai contoh
RM1/patient, RM5/xray, RM10/swab procedure dan lain lain bergantung kepada klinik. Jadi jika sebulan anda jumpa 200 patient, itu elaun extra untuk anda. Jika ada xray atau scan 50 sebulan, anad akan dpt extra 250 untuk bulan itu. Banyak lagi cari lain untuk kita tambah income, tapi kita kena rajin. Jadi anda berminat?
Berbanding dengan kerja kerajaan? adakah berbaloi? Nantikan dalam post yang akan datang.
Info-info begini memang helpful untuk pelajar-pelajar yang considering kerja sebagai GP. Makasih 🙂 Dr. Hazwan kerja GP atau pakar?
LikeLike
saya masih di GP, nantikan saya kongsi kisah dan apa yg saya dapat setelah setahun bekerja sebagai GP
LikeLike
Hi Assalamualaikum, utk tahun 2022 ini, jika dilihat, saya agak kurg fhm. Adakah utk Doktor kontrak (MO) hanya perlu menjalankan khidmat wajib 6 bulan shj jika tidak dpt MO bdaftar penuh? Dan boleh keluar bekerja swasta/membuka klinik sendiri?
LikeLike
Ye skrg ikut pekeliling yg baharu , boleh memohon pengurangan khidmat wajib selama 6 bulan dan seterusnya berdaftar penuh seperti biasa.
LikeLike