Lepas korang semua dapat penempatan di https://ehousemen.moh.gov.my/ mesti korang excited nak kerja kan?
Aku masih ingat lagi ketika aku nak pilih tempat kerja, dekat dengan rumah ke.. dekat dengan kampung ke.. jauh sikit ke.. ataupun tempat yang paling relaks kerja. Hakikatnya kat hospital mana mana pun, kerja seorang HO memang agak berat, bukan kerana tanggungjawab atau beban kerja itu, tetapi disebabkan kita daripada zaman belajar ke zaman pekerjaan memang banyak benda nak kena belajar. Dari segi teknik venepuncture, arterial blood gas, ryles tube insertion, catheter insertion, physical examination, history taking, presenting cases, interaction with colleagues and bosses, birokrasi cuti dan HR di hospital.. semua tu benda baru. Itu yang kadang kadang menyebabkan kita boleh rasa beratnya kerja seorang HO.
Buat adik adik yang baru nak masuk kerja sebagai seorang HO, insyaAllah kat sini boleh tahu sedikit sebanyak tentang jobscope dan apa yang akan dihadapi bila masuk kerja nanti. InsyaAllah, benda ini bukan tak boleh buat.. cuma kena pandai jaga diri dan sesuaikan diri..
Basically lepas dapat penempatan, korang akan hadirkan diri utk kursus PTM. Tapi sekarang musim covid mungkin tak ada. Lepas itu, lapor diri di hospital, orientasi 1 minggu-2 minggu ikut hospital masing masing.
Setiap posting berlainan jobscope dia.. kat sini aku cerita tentang jobscope seorang HO surgical dahulu.
Jobscope HO surgical department
Surgery antara posting yang senang tetapi agak berat bergantung kepada surgeon/specialist korang. Bila first masuk kerja, pastikan bed yang kita in charge tu semua dah di ambil darah dan dimasukkan rekod ke dalam fail pesakit. Kalau ada abnormality, kita lah orang pertama yang perlu buat sesuatu. Sebagai contoh, potassium (K+) high 5.8, usually HO junior akan tanya senior apa perlu buat. Most of the time management is the same, perlu bagi insulin chase. Once kita dah order, kena inform nurse and MO kita. Ada MO yang malignant mungkin akan marah tanpa sebab, ko ignore je, tapi nanti time present time ward round jgn lupa highlight benda ni. Specialist kadang kadang marah sbb benda basic macam ni pun kita tak buat, tu yang diorg marah. So nanti time present dekat bos, patient ni bla bla, tapi dia punya potassium tinggi sikit… saya dah insulin chase, later sy akan repeat balik potassium… saya suspect mungkin sbb acute kidney injury atau sbb CKD dia la bos.. nanti sy try tanya medical opinion diorg kalau perlu refer atau pun tak. Kalau korang ckp macamtu konfirm bos korg impress gila. Mungkin sbg HO junior korang tak berapa faham kenapa kena buat mcm tu kan.. tapi once u dah more senior insyaAllah senang kerja korang.
Anyway, lepas trace result darah, now can do morning review more efficiently.. Check balik kenapa patient datang, presented dengan apa, whats the progress, getting better or not? What has been done to the patient, any intervention or investigation yang dah buat? Radiological investigation; xray.. ct scan.. ultrasound.. semua ni update dekat bos time ward round. Skill presentation and summarise balik kes will come as you have more clinical experience. Dont worry.
Once finish ward round, now its the time utk HO carry out the daily jobs. Usually dalam satu ward ramai HO, so boleh bincang dengan kawan, sama ada nak share jobs atau buat patient masing masing je. This includes, ambil darah..request scan.. trace balik darah yang tak ready.. call family patient..buat dressing..and assist MO buat procedure.
Prosedur dalam ward
Antara benda penting HO surgical kena buat ialah assist MO buat procedure dalam ward. Biasa prosedure simple je.. mcm secondary suturing, central line catheter insertion. Kalau kecemasan pulak, HO kena assist crash or emergency intubation.. prepare yourself. pakai apron..pakai glove..put on vital signs, check pulse.. inform nurse, ambil intubation kit… mcm mcm kena buat. once dah senior insyaAllah korang sendiri boleh intubate patient.. jangan takut..
Sebenarnya banyak lagi jobscope seorang HO especially different department. Apa yang aku cerita kat atas ni baru sikit.. Ni belum jobscope time shift petang/malam.. jobscope dalam OT.. jobscope kat clinic.. macam macam lagi sebenarnya. Tapi basic principle is to help make sure workflow in patient management berjalan lancar… Banyak maksud tersirat tu sebenarnya. Nanti post akan datang aku akan share lagi banyak info tentang kerja seorang HO.