Mengikut laman rasmi SPA kerajaan, seorang HO yang berjawatan UD41 akan bermula dengan gaji asas RM2947.
Namun begitu, setiap pegawai kerajaan diberikan pelbagai elaun yang menjadikan gaji bersih seorang HO itu lebih tinggi daripada gaji asas.
Setiap tahun juga, seorang pegawai kerajaan akan diberikan kenaikan gaji asas antara RM200-250 mengikut gred. Jadi seorang HO UD41 yang telah bekerja selama 2 tahun akan mempunyai gaji asas RM2947+225+225= RM3397.
Itu baru sahaja gaji asas, mereka turut diberikan elaun lain iaitu, elaun sara diri, elaun kritikal, elaun perumahan, elaun shift. Secara kasarnya seorang HO UD41 akan mempunyai pendapatan bersih RM4500 setelah campur elaun elaun lain. Sesetengah jabatan juga, ada HO yang boleh claim elaun covid namun ini bergantung kepada suasana dan pentadbiran hospital ketika itu.
Untuk HO yang berasal dari semenanjung, jika mereka ditempatkan di Sabah/Sarawak, mereka akan dapat elaun tambahan sebanyak RM1000. Ini turut digunapakai untuk mereka yang berasal dari Sabah/Sarawak dan bertugas di Semenanjung Malaysia. Jadi gaji bersih mereka boleh mencapai RM5500 setelah ditolak cukai dan EPF. Jika dikira campur jumlah contribution EPF employer dan employee, seorang HO akan mendapat gaji kasar sebanyak RM6500-7000. Banyak bukan?
Namun berapa lama mereka bekerja setiap hari?
Seorang HO akan ditugaskan untuk bekerja sekurang-kurangnya sebanyak 70jam/seminggu. Jadi dalam sebulan 280jam. RM4500/280jam, gaji bersih seorang HO UD 41 hanyalah RM16/jam.
Saya baru sahaja mencari seorang pembantu cleaner dan rate yang dikenakan ialah RM20/jam.
Sebab itulah, jika anda baru bermula sebagai HO dan pelajar perubatan, nak dikatakan gaji HO ini banyak memang banyak berbanding fresh graduate lain dalam bidang kejuruteraan dan sebagainya. Namun dengan jumlah kerja yang diberi? Adakah berbaloi dengan kos pembelajaran dan masa yang telah dikorbankan untuk mendapatkan sekeping sijil perubatan?
thank you sudi share benda ni lama dah saya cari yg paling latest punya. Saya pun lagi 1 tahun nak graduate. Doakan saya.
LikeLike
good luck in your study.
LikeLike
same here..lagi 1 year nk grad,UOC bois
LikeLike
Fikirkan jugak….jd doctor anda akan berkhidmat kpd rakyat…insyaAllah, betulkan niat kerana Allah…lebih dari berbaloi….
LikeLike
ya betul
doktor juga manusia biasa. perlu membayar bil dan sara hidup.
LikeLike
betul ke gaji HO dah takde elaun kritikal?
LikeLike
ya betul
LikeLike