Rumah subsale bawah RM70,000 sewa RM480 SEBULAN

Aku sudah mula meminati rumah sewa dan hartanah sejak aku habis SPM. Aku didedahkan dengan pelbagai ilmu kewangan dan ekonomi sejak aku belajar lagi.

Sejak aku mula bekerja, aku mempunyai lebihan wang yang aku gunakan untuk simpan. Aku rasakan simpan di dalam bank tidak memberi pulangan yang banyak kerana faktor inflasi. Setiap tahun average inflasi di Malaysia adalah lebih kurang 2-4% dan jika kadar keuntungan bank setiap tahun hanya 1-2%, maka nilai wang yang aku ada pada hari ini akan luput dengan banyak dalam masa 5-10 tahun akan datang.

Sebab itulah pentingnya investment atau pelaburan.

Aku mula dengan mencari aset apakah yang aku ingin laburkan. Terdapat banyak tempat untuk kita laburkan wang sama ada yang liquid atau non liquid.

Hampir 6-10 bulan aku mencari iklan yang bagus di mudah.com.my mencari hartanah yang sesuai dengan bajet aku, akhirnya aku jumpa satu rumah pangsa di Lorong Pandan, Melaka yang berharga RM65,000. Aku terus mesej dan menghubungi ejen tersebut. Rumah tersebut pula sangat dekat dengan tempat kerja aku dan rumah sewa lama aku. Esoknya terus aku berjumpa dengan ejen tu dan viewing rumah.

Kalau ikutkan gambar, sangat cantik kondisi rumah, sekali perabot jualan rumah ini. Aku tak sangka rumah subsale yang sudah 30-40 tahun seperti ini kondisi sangat cantik.

Aku cakap dengan ejen, rumah ini cantik, kalau saya beli, bila boleh dapat kunci?

Ejen kata dalam masa 1 bulan terus boleh dapat lepas settle full payment.

Aku buat kira kira dan akhirnya aku decide untuk membeli menggunakan duit ASB aku dan BAYAR CASH.

Untuk orang yang first time nak beli rumah, mesti tidak reti dengan proses penjualan dan pembelian, nanti aku akan terangkan. Sementara tu, anda semua boleh lah tengok tengok dulu gambar di bawah dan teka di mana sebenarnya rumah yang aku beli ni.

Mesti korang terkejut mcm mana aku boleh terus decide nak beli rumah ni kan? Sebabnya adalah risiko ini SANGAT RENDAH. Lebih rendah daripada ambil LOAN ASB.

Anda tak percaya? Nanti saya terangkan dalam post yang akan datang.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: